Isnin, 2 Disember 2013

Bubur Asyura 1.0

24 Muharram 1435 bersamaan 29 November 2013 (Jumaat)

Gotong-royong menyediakan bubur asyura.















Jamuan Meraikan Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki ke Taman Mutiara

24 Muharram 1435
Taman Mutiara berbesar hati menerima kunjungan Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam selepas solat Isyak bertandang ke rumah Haji Mahizan Shaari. Ini merupakan kunjungan kali kedua tok guru ke Taman Mutiara. Sesungguhnya kunjungan tersebut seperti mutiara yang amat berharga yang tiada nilainya.











Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki

Kuliah Maghrib di Masjid Syarifah Fatimah, Paya Kemunting Jitra
Tarikh: 24 Muharram 1435 bersamaan 29 November 2013 (Jumaat)


Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan sehingga Tingkatan 'Aliyah. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur. 
Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama' terkenal asy-Syaikh Abul Hassan ‘Ali an-Nadwi di Nadwatul Ulama', Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan langsung datang ke Malaysia dan berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.
Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani dan juga as-Sayyid al-Habib Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, sehingga beliau dianugerahkan dengan gelaran keluarga "al-Maliki" pada tahun 2002.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.

Beliau juga aktif didalam penulisan. Antara kitab yang beliau susun adalah '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman', '40 Hadis Penawar Hati' dan '40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama', 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi. Selain itu beliau juga telah mentahqiq dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama' silam Alam Melayu Nusantara iaitu kitab karangan asy-Syaikh Abdusshamad al-Falimbani seperti 'Sairus Salikin' (4 jilid) dan 'Hidayatus Salikin'. Al-Fadhil Syaikh juga aktif menterjemahkan kitab seperti, 'Bidayatul Hidayah' dan 'Ayyuhal Walad' karangan Imam Al-Ghazali, 'Bustanul Arifin' karangan Imam An-Nawawi dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi.

Beliau juga aktif mengajar secara bulanan di Lembah Kelang iaitu Kitab Hikam Ibn ‘Athoillah di Anjung Rahmat ABIM, kuliah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid al-Falah USJ 9 dan kuliah Kitab Qul Hadzihi Sabili di Pusat Pengajian Ba'Alawi. Beliau juga mengadakan pengajian kilat untuk mengkhatamkan kitab-kitab seperti kitab Ayyuhal Walad, Bidayatul Hidayah, Bustanul ‘Ariffin dan-lain-lain.

Isnin, 21 Oktober 2013

Perancangan Majlis Korban 2014

Majlis Korban 2014 dirancang dan dijangka Inn Shaa Allah akan diadakan pada Hari ke-2 Aidiladha. Kutipan sebanyak RM500 satu bahagian atau satu tompok dikenakan kepada mereka yang berminat.

(1) 1 BAHAGIAN
Encik Maswannie Aurie Bin Ahmad (Lot 8)
RM500 SELESAI

(2) 1 BAHAGIAN
Encik Mahizan Bin Shaari (Lot 7)
RM500 SELESAI

(3) 1 BAHAGIAN
Encik Mohd Fauzi Bin Othman (No. 22)
RM500  SELESAI

(4) 1 BAHAGIAN
Encik Ayub Bin Abdullah (No. 27)
RM500 SELESAI

(5) 1 BAHAGIAN
Encik Mohd. Zaki Bin Che Chik (No. 7)
RM500 SELESAI

(6) 1 BAHAGIAN
Encik Mohd. Azuwadi Bin Abdullah (No. 9)
RM500 SELESAI

(7) 1 BAHAGIAN: Encik Zulkifli Bin Sarban (Lot 5)
RM500 SELESAI

(8) 1 BAHAGIAN
Encik Md. Lazim Bin Mohd Zin (No.15 )
RM500 SELESAI

(9) 1 BAHAGIAN
Puan Naoraini (Encik Mohd Saad Bin Husain) (No. 11)
RM500 SELESAI

(10) 1 BAHAGIAN
Encik Ab Aziz Bin Yusof (No. 23)
RM500 SELESAI

(11) 1 BAHAGIAN
Encik Anuar Bin Othman (Lot 4)
RM0

(12) 1 BAHAGIAN
Encik Shamsul Bin Ali (No. 8)
RM500 SELESAI

(13) 1 BAHAGIAN
Encik Abdullah Bin Ahmad (No.4 )
RM0

(14) 1 BAHAGIAN
Encik Roslan Yusof (No. 6)
RM500 SELESAI

(2 Ekor lembu x 7 Bahagian = 14 Bahagian x RM500= RM7000)

JUMLAH KUTIPAN (05/09/2014) = RM6000

JUMLAH BAHAGIAN= 14 Bahagian,